Aisha Retno, Mimi Fly tidak banyak kerenah – Tiara Jacquelina

LocalEntertainment
27 Aug 2026 • 12:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Aisha Retno, Mimi Fly tidak banyak kerenah – Tiara Jacquelina

PETALING JAYA: Biarpun pertama kali bakal beraksi di pentas teater, penyanyi Aisha Retno dan Mimi Fly mendapat pujian daripada pengarah teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL) 2026, Datin Seri Tiara Jacquelina kerana kedua-duanya sangat komited sepanjang sesi latihan.

Tiara atau Tiara Jacquelina Eu Effendi, 59, berkata, kedua-dua penyanyi itu menunjukkan komitmen yang sangat tinggi dan sentiasa terbuka menerima teguran sepanjang latihan.

“Aisha dan Mimi sangat tekun dalam latihan. Kami mengadakan latihan berkali-kali dan mereka tidak banyak kerenah atau buat salah dan mereka berdua ini sentiasa mencuba.

“Saya ini jenis pengarah yang sangat teliti dan cerewet. Dari awal lagi saya sudah beritahu bahawa saya menuntut lebih daripada biasa kepada mereka berdua. Apabila kita desak pelakon, mereka sebenarnya boleh bagi persembahan yang lebih daripada kemampuan mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia pada Khamis.

Kata Tiara, sikap suka bertanya dan mahu belajar yang ada pada kedua-dua penyanyi itu memudahkan tugasnya membimbing watak mereka.

“Dalam proses latihan, mereka sangat terbuka, rajin bertanya dan kerap berkongsi pandangan. Mereka tidak segan untuk buat silap dan itu memang satu perkara yang bagus.

“Kelebihan teater ini, kita boleh cuba 20 kali dengan 20 cara berbeza untuk bawa satu-satu babak atau lirik. Kita buat sampai jumpa yang betul-betul tepat dan mereka berdua sangat rajin berbincang.

“Mereka sentiasa mahu belajar daripada pelakon lain dan saya memang suka pelakon yang ada sikap begini. Makin rajin seseorang pelakon itu, makin banyak yang kita rasa mahu beri dan saya berasa sangat bertuah mendapat pelakon berkaliber seperti mereka,” katanya.

Untuk rekod, Aisha bakal menggalas watak sebagai Gusti Putri Retno Dumilah manakal Mimi Fly pula bakal menggalas watak sebagai Bayan.

PGL The Musical yang diarahkan oleh Tiara dijadualkan dipentaskan dari 31 Oktober hingga 15 November ini di Jeffrey Cheah Performing Arts Centre, Petaling Jaya, Selangor. -UTUSAN

The post Aisha Retno, Mimi Fly tidak banyak kerenah – Tiara Jacquelina appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved