Aishah Aziz Selamat Bergelar Isteri Abang PU Riz

11 Apr 2025 • 6:37 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi, Aisyah Aziz kini selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail di Singapura, hari ini.


Abang PU Riz

 


Aishah yang juga merupakan adik kepada penyanyi Aliff Aziz itu mendirikan rumah tangga bersama abang kepada pendakwah selebriti Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali PU Riz.


 


Berita gembira itu dikongsi menerusi Facebook rasmi stesen radio Singapura, Warna 942.


 

"Alhamdulillah. Kini mereka digelar suami dan isteri. Semoga dapat membina keluarga yang penuh sakinah, mawaddah, ne'mah & rahmah. Insya-Allah," maklum hantaran tersebut.


 


Bagaimanapun tiada butiran lanjut yang dikongsi mengenai perkahwinan mereka.


 


Pada Februari lalu, Aisyah berkongsi khabar gembira memaklumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihan hatinya dalam masa terdekat. 


 


Aishah bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci mengenai perkara tersebut dan memberitahu bakal suaminya bukanlah seorang penggiat seni.


 


Sumber: Mediacorp,