Aiskrim Kacang Merah Sedap Berlemak Manis, Boleh Buat Untuk Makan Sendiri

27 May 2023 • 1:23 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ini adalah resepi aiskrim terkenal dan kesukaan ramai, aiskrim kacang merah

Aiskrim Kacang Merah, Sedap Lemak Manis, Boleh Buat Untuk Makan Sendiri. Sebut sahaja Ais Krim Malaysia pasti akan teringat dengan kenangan zaman kanak-kanak. Aiskrim Malaysia terkenal dalam pelbagai perisa yang lazat dan enak. Bahkan, ia juga diakui bahawa makan aiskrim ini setiap hari selepas pulang dari sekolah adalah sangat menyegarkan. Kebahagiaan yang tidak terduga!

Jadi kenapa tidak kita buat sendiri aiskrim kacang merah yang lazat untuk dikongsi bersama seisi keluarga? Malah, ia juga sesuai untuk dijual, lebih-lebih lagi cuaca panas sekarang, sudah pasti laku keras.

image is not available
Sumber: keluarga

Menurut sumber, resipi Zaky Mat Ali di Facebook ini boleh dijadikan sebagai titik permulaan kepada mereka yang pertama kali ingin membuat aiskrim legend ini.

Aiskrim Kacang Merah

  • 350 gram kacang merah

  • 2.5 liter air masak

  • 1 cawan gula

  • 1/2 tin susu pekat

  • 1 kotak santan (kecil)

  • 1 tin susu cair

  • 3 sudu tepung jagung

  • 3 sudu sirap

  • 1 sudu kecil garam

Cara penyediaan:

1. Rendam kacang semalaman. Kemudian rebus sampai empuk dan kisar kasar.

image is not available
Sumber: keluarga

image is not available
Sumber: keluarga

2. Didihkan air, masukkan gula.

3. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dan kacau.

4. Masukkan susu pekat, santan, sirap dan garam.

5. Masukkan kacang merah dan kacau sebati.

image is not available
Sumber: keluarga

6. Bila dah sejuk boleh masukkan dalam plastik aiskrim. Simpan dalam peti beku semalaman.

image is not available
Sumber: keluarga

Baca juga artikel yang berkaitan: