Kali Ini Makan Di Laila Inn Cafe, Perkongsian Lucu Azhan Rani Ini Buat Netizen Terhibur

13 May 2023 • 2:48 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Memang kelakar betul hantaran Azhan Rani ni!

Kali Ini Makan Di Laila Inn Cafe, Perkongsian Lucu Azhan Rani Ini Buat Netizen Terhibur. Baru-baru ini, pelakon lelaki terkenal negara, Azhan Rani sekali lagi menjejak kaki ke Bumi Kenyalang tetapi kali ini membawa sekali ibunda tersayangnya untuk makan angin di sini.

Kini sudah terkenal dengan kepetahanya menggunakan bahasa Sarawak dalam perkongsian di Facebook, hantaran beliau sering mendapat perhatian dan membuat netizen geli hati.

image is not available
Kali Ini Makan Di Laila Inn Cafe, Perkongsian Lucu Azhan Rani Ini Buat Netizen Terhibur. Kredit gambar: FB Azhan Rani

Kali ini hantaran makan di Laila Inn pula tular

Hantaran yang mendapat perhatian netizen kali ini pula adalah apabila beliau menjamu selera di salah satu kedai makan Legend di Kuching iaitu Laila Inn.

Dalam hantaran tersebut Azhan Rani berkata, “Mun kawu urang kuching tapi sik tauk siney mee kolok dengan mee jawa legend laila inn cafe, pindah jak kau ke Entikong sia. Iboh balit kuching agik”.

Kalau kau orang Kuching tapi tak tahu mana nak makan Mi Kolok dengan Mi Jawa Legend Laila Inn cafe, baik kau pindah ke Entikong tu. Jangan balik Kuching lagi.

Azhan Rani

Hantaran tersebut kemudiannya membuat netizen geli hati dan di ruangan komen pula rata-ratanya orang Sarawak.

image is not available
Kredit gambar: FB Azhan Rani

image is not available
Kredit gambar: FB Azhan Rani

Laila Inn cafe memang port makan kegemaran orang lokal di Kuching

Keenakan Mi Kolok dan Mi Jawa di Laila Inn memang tak dapat dinafikan kerana kedai makan ini bukan sekadar legend, malah ianya juga merupakan port makan kegemaran orang lokal.

Sepanjang percutian Azhan Rani di Sarawak kali ini, beliau sempat singgah di Waterfront, Semenggoh Wildlife Centre, Laila Inn Cafe, Kak Yam Cafe, Muara Tebas Seafood dan banyak lagi.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini: