‘Saya Suka Sangat Makan Umai’, Perkongsian Tokti Ini Buat Peminat Sarawak Teruja

23 May 2023 • 4:43 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Sampai buat saya teringat-ingat”

‘Saya Suka Sangat Makan Umai’, Perkongsian Tokti Ini Buat Peminat Sarawak Teruja. Baru-baru ini berlangsungnya konsert Malam Irama Uniti sempena Minggu Perpaduan yang berlangsung di Tebingan Kuching, Sarawak.

Beberapa artis terkenal telah pun dijemput bagi membuat persembahan pada malam itu.

image is not available
‘Saya Suka Sangat Makan Umai’, Perkongsian Tokti Ini Buat Peminat Sarawak Teruja. Kredit: Tiktok

Ribuan peminat juga telah membanjiri Waterfront Kuching bagi memeriahkan konsert tersebut.

Antara artis-artis tanah air yang membuat persembahan pada konsert Malam Irama itu adalah Jaclyn Victor, Stacy, Rickie Andrewson, Alvin Chong, Sherry Al-Hadad dan Johari Genrai.

Lebih meriah lagi, konsert tersebut dihadiri oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai Tokti oleh ‘Sitizoners’.

image is not available

Menariknya, selepas membuat persembahan, beliau terus ditemu ramah oleh Sherry Al-Hadad selaku hos konsert pada malam itu.

Menurut Tokti, kali terakhir beliau ke Sarawak adalah sekitar 4 ke 5 tahun lepas.

image is not available

Selain peminatnya, Tokti memaklumkan beliau turut merindui makanan-makanan autentik dari Sarawak.

Antara hidangan yang membuatkan beliau teringat-ingat adalah umai, laksa Sarawak dan mi kolok.

Tambahnya, selaku pencinta makanan hidangan umai dikatakan merupakan salah satu makanan kesukaan beliau.

image is not available

Beliau juga sempat memaklumkan impian beliau untuk membawa konsert solo beliau ke Sarawak satu hari nanti.

Beliau berharap impiannya itu bakal menjadi kenyataan untuk kembali ke Sarawak bagi menjayakan konsert solo bersama-sama peminatnya di Bumi Kenyalang.

Baca lagi artikel menarik: