“Aisyah duduk macam ni, tengok ayah” – Telatah Seorang Bapa Mengajar Bayi Meniarap Jadi Tumpuan

Entertainment
10 Sep 2023 • 5:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Telatah seorang bapa yang tidak berputus asa mengajar bayi perempuannya meniarap mencuit hati netizen yang melihat video berkenaan.

Video yang berdurasi 4.24 minit itu menjadi tular di aplikasi TikTok mendapat 1.7 juta jumlah tontonan dan 22,200 perkongsian.

Dalam video itu di lihat si bapa yang juga pemilik akaun @whoopzthereaper berkongsi video, sedang memberikan sokongan dan membuat ‘demo’ meniarap pada bayi perempuannya.

Manakala, si ibu pula yang merakam peristiwa itu ketawa hingga tak kering gusi melihat suaminya mengajar bayi mereka.

Rata-rata netizen terhibur dengan teletah si bapa yang bersemangat sehingga pelbagai cara ditunjukkan bagi mengajar bayi perempuannya meniarap.

“Tq bang, berkat demo abang saya bole meniarap dah,” kata seorang netizen.

“Dengan aku² rasa nak belajar meniarap,” komen lelaki lain.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.