Aisyah Hijanah Mohon Maaf & Akui Ada Kesilapan Penulisan Ayat Al-Quran Dalam Buku ‘Wanita Syurga’

26 Jun 2026 • 4:13 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Aisyah Hijanah Mohon Maaf & Akui Ada Kesilapan Penulisan Ayat Al-Quran Dalam Buku ‘Wanita Syurga’

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular di media sosial apabila seorang wanita mendakwa buku yang ditulis oleh influencer Islamik, Aisyah Hijanah menggunakan potongan ayat-ayat al-Quran serta hadis yang salah dan mengelirukan.

Aisyah Hijanah tampil mohon maaf dan perjelaskan isu tular mengenai buku ‘Wanita Syurga’

Sedar dengan dakwaan yang tular itu, Aisyah Hijanah tampil mohon maaf dan memberi penjelasan berhubung isu berkait buku penulisannya berjudul ‘Wanita Syurga.’

Menerusi hantaran dimuat naik di Threads, Aisyah menganggap perkara yang tular sebagai salah satu bentuk teguran dan pengajaran buatnya untuk lebih cakna serta tegas dalam mana-mana cetakan dibawah tanggungjawabnya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Guna Potongan Al-Quran Palsu & Hadis Dhaif, Netizen Minta KDN Siasat Buku Dakwah Tular

Akui kesilapan adalah tanggungjawab sendiri sebagai penerbit, dakwa hasil penulisan buku bersama ghostwriter

“Dengan penuh rasa rendah diri, saya ingin memohon maaf kepada semua pembaca, para asatizah, dan seluruh masyarakat atas kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat di dalam buku terbitan saya sehingga menimbulkan kegusaran ramai.

“Saya mengakui bahawa kesilapan ini adalah tanggungjawab saya sebagai penerbit dan individu yang membawa nama pada buku ini. Walaupun buku ini merupakan hasil penulisan bersama seorang penulis (ghostwriter), saya sepatutnya memastikan setiap kandungan, khususnya yang melibatkan ayat-ayat al-Quran, disemak dengan lebih teliti sebelum diterbitkan.

“Saya menerima sepenuhnya teguran ini dan tidak akan meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak,” jelasnya.

Akui sebagai figura Islamik, dia sedar patut lebih berhati-hati dalam perkongsian

Kata Aisyah lagi sebagai seorang figura Islamik yang sering berkongsi mengenai agama, dia juga sedar bahawa dirinya sepatutnya berhati-hati dalam segala perkongsian.

Ini kerana perkara itu menjadi rujukan serta manfaat kepada ramai wanita di luar sana.

Jelas Aisyah niat awalnya hanyalah mahu berkongsi ilmu dan membantu wanita dalam memahami jalan untuk mendekati diri kepada Maha Pencipta dan meraih syurga Allah.

Akan tetapi niat tersebut tidak pernah menghalalkan kecuaian yang berlaku.

Beberapa tindakan telah diambil dengan segera

Susulan itu, Aisyah selaku penerbit terdapat beberapa tindakan segera telah diambil:

  • Menghentikan sementara penjualan semua buku di bawah penerbitannya, Hijanah Haul Holdings Sdn Bhd.
  • Menarik semula buku ini daripada semua kedai buku serta platform jualan dalam talian dan luar talian.
  • Melaksanakan semakan semula secara menyeluruh terhadap kandungan buku.
  • Menyediakan versi yang telah diperbetulkan dalam bentuk digital kepada pembaca yang menginginkan naskhah yang telah dikemaskini.

“Saya juga menganggap perkara ini sebagai satu teguran daripada Allah agar saya menjadi insan yang lebih teliti dan lebih bertanggungjawab dalam membawa mesej agama. Saya belajar bahawa amanah menyampaikan ilmu bukan hanya terletak pada imej atau kata-kata, tetapi juga pada ketepatan setiap perkara yang dikongsikan kepada masyarakat.”

Akan perbaiki diri untuk ketatkan proses semakan di masa akan datang

Pun begitu Aisyah juga berterima kasih kepada semua yang telah menegur kesilapannya dengan niat agar dia dapat memperbaikinya.

“Insha-Allah, saya akan terus memperbaiki diri, memperketatkan proses semakan pada masa akan datang, dan tidak akan berhenti berusaha untuk memberi manfaat kepada masyarakat dengan cara yang lebih bertanggungjawab,” jelasnya.

View on Threads

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Didakwa Guna Potongan Al-Quran Palsu & Hadis Dhaif, Netizen Minta KDN Siasat Buku Dakwah Tular
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved