Seorang individu tampil membangkitkan kebimbangan selepas mendakwa menemui beberapa kandungan dalam sebuah buku yang memuatkan ayat kononnya daripada al-Quran, namun sebenarnya tidak wujud dalam al-Quran.
Menurut perkongsian tersebut, kesalahan yang ditemui bukan sekadar melibatkan kesilapan baris atau tanda bacaan, sebaliknya didakwa mencipta ayat baharu yang langsung tiada dalam al-Quran.

Malah, individu berkenaan menggesa agar buku itu ditarik balik daripada pasaran serta dilupuskan, selain memohon pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan segera.
“Kesalahan ‘ayat al-Quran’ dalam beberapa muka surat ini bukan kesalahan seperti tersilap baris atau titik, ini reka terus ayat yang tidak ada dalam al-Quran. Sangat-sangatlah tidak patut. Buku ini sepatutnya ditarik daripada pasaran dan dilupuskan. Mohon @kementeriandalamnegeri bertindak segera.”
Tambahnya lagi, selepas meneliti semula dalil-dalil yang terkandung dalam buku berkenaan, dia bimbang pembaca lain mungkin menerima bulat-bulat kandungan tersebut tanpa membuat semakan.
@aisyahhijanah Jangan berkorban utk orang yg salah

“Selepas double check dalil-dalil yang ada dalam buku ni, saya termenung terfikirkan pembaca lain yang mungkin menyerap semua kandungan dalam buku ni.”
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk bahan bacaan agama kepada sumber yang sahih seperti al-Quran dan hadis serta tidak bergantung sepenuhnya kepada penulisan yang belum disahkan kesahihannya.
“Kepada semua pembaca, rujuklah kembali bahan pembacaan kita dengan sumber yang sahih iaitu Al-Quran dan Hadith… Zaman sekarang ni penulis bebas menulis apa sahaja walau pengetahuan mereka tidak dalam, apatah lagi dengan bantuan AI. Wallahua’lam. Moga kita dilindungi dari bahan pembacaan yang tidak sahih, terutamanya ilmu-ilmu agama.”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Masjid Buat Laporan Polis, Jenazah Dah Masuk Liang Lahad Tapi Tak Boleh Kebumi- "Kena Bayar Caj Urus RM1,400"
The post Didakwa Cipta ‘Ayat Al-Quran’ Sendiri Dalam Buku, Individu Mohon KDN Ambil Tindakan Segera Terhadap Aisyah Hijanah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






