“Kebetulan staff pernah persoal…” – PW Dedah Aisyah Hijanah Pecat Pekerja Tak Ikut Undang-undang?

Entertainment
13 Jun 2024 • 1:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba kecoh di media sosial mengenai satu pendedahan dari sebuah akaun Facebook yang mendakwa personaliti media sosial, Aisyah Hijanah telah membuang pekerja mereka kerana persoal audit syarikat.

Bagaimanapun, Aisyah telah memuat naik satu hantaran balas menepis dakwaan terbabit selain turut menafikan menggunakan isu poligami untuk meraih simpati seperti yang didakwa.

Pun begitu, pihak yang membuat pendedahan tersebut, PW Community dilihat tidak berdiam diri apabila memberi respon balas selepas Aisyah mahu membawa perkara itu ke mahkamah selepas dia pulang dari menunaikan haji.

Menerusi perkongsian terbaharu PW Community, pihaknya mendedahkan mengenai bekas pekerja yang dipecat serta-merta dan tidak dibayar gaji oleh pempengaruh itu.

image is not available

Aisyah didakwa telah memecat pekerjanya tidak mengikut Akta Buruh dan tangkap layar surat tuntutan (LOD) yang dikongsikan oleh pempengaruh itu dikatakan hanya mahu menakutkan pekerja terbabit.

“Kebetulan pula staff yang terlibat pernah persoalkan AH mengenai audit derma. Nak dijadikan scapegoat, staff tersebut dipecat 24 jam tanpa dibayar gaji. Untuk takutkan staff supaya tidak menuntut gaji, AH juga bagi LOD.

“Bila kami tease semalam, AH paparkan LOD tersebut untuk nafi tuduhan. Sebenarnya LOD itu dikeluarkan setelah pekerja tersebut cuba menuntut hak di Pejabat Buruh.

“Berkait dengan teaser semalam, LOD tersebut tak ada kaitan. Hanya untuk menakut-nakutkan staff yang dipecat supaya tidak berani menuntut hak,” dedahnya.

Dalam hantaran itu, PW juga berkongsi tangkap layar luahan bekas pekerja Aisyah yang tidak dapat menuntut hak mereka.

image is not available

Hmm, kita tunggu pula penjelasan dari Aisyah Hijanah…

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.