Aizat Amdan, Lain Macam Fesyen Sekarang!

23 Oct 2023 • 9:24 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi Aizat Amdan menuai pelbagai reaksi daripada wargamaya apabila tampil di pentas membuat persembahan sempena konsert Yunaverse di Megastar Arena baru-baru ini.

Kali ini, Aizat mengejutkan peminat apabila tampil dengan gaya luar daripada kebiasaannya dengan berbaju biru tanpa lengan dan berseluar metalik tiga suku.

Penampilan Aizat yang dikenali sebagai AI.Z juga dipadankan bersama korset berwarna metalik pada bahagian pinggang selain rantai dan subang.

Malah, ada juga peminat yang memerhatikan kukunya yang dirias dengan pewarna kelabu.

Meninjau ruangan komen di beberapa video yang tular di TikTok, ada yang menyamakan penampilan Aizat itu seperti bintang Hollywood, Sam Smith.

Dalam salah satu video di belakang pentas, ada antara kru belakang tabir yang menyapa persalinan Aizat seperti angkasawan.

Namun, Aizat tidak memberikan komen lanjut mengenai penampilannya itu sebaliknya hanya menjabat tangan sebelum berlalu menaiki pentas untuk membuat persembahan.

Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang respons daripada Aizat mengenai fesyen terkininya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved