Ajal langgar lori kontena parkir tepi jalan

14 Oct 2026 • 11:26 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ajal langgar lori kontena parkir tepi jalan

SHAH ALAM – Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Myvi dipandunya merempuh belakang sebuah lori kontena yang diparkir di tepi jalan di Perindustrian Alam Awana, Puncak Alam di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 8.14 pagi itu, mangsa berusia 20-an ditemukan tersepit di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di kepala.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi kejadian sebelum tiba pukul 8.28 pagi.

Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah Perodua Myvi dan lori kontena yang diparkir di tepi jalan.

“Pemeriksaan mendapati mangsa tersepit di bahagian pemandu dan tidak sedarkan diri akibat kecederaan parah di kepala

“Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya hari ini.

Jelasnya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

The post Ajal langgar lori kontena parkir tepi jalan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved