Buang sampah haram di Bukit Beruntung, MPHS sita jentera, kompaun

LocalEnvironment
14 Oct 2026 • 7:03 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Buang sampah haram di Bukit Beruntung, MPHS sita jentera, kompaun

SHAH ALAM, 14 OKT: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyita sebuah jentera dan mengeluarkan kompaun terhadap pemilik lori roro susulan kegiatan pembuangan sampah haram di Jalan Kamunting, Bukit Beruntung.

MPHS memaklumkan tindakan diambil selepas pemeriksaan mendapati terdapat longgokan sampah di kawasan berkenaan, selain sebuah jentera sedang digunakan untuk meratakan sisa buangan.

"Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat aktiviti pembuangan sampah, selain sebuah jentera yang sedang digunakan untuk meratakan sampah di kawasan tanah berkenaan," menurut MPHS.

Susulan itu, jentera terbabit disita mengikut Undang-Undang Kecil 21, Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah (MDHS) atas kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil 4 perundangan sama.

Operasi dijalankan Jabatan Penguatkuasaan MPHS dengan bantuan Jabatan Kejuruteraan serta Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.

MPHS turut menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan pembuangan sampah haram bagi membantu pihak berkuasa membanteras kesalahan berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved