Ajinomoto Memotong 30 Peratus Bekalan Filem ABF Mereka Ke Pasaran China

TechnologyBusiness & Finance
20 Aug 2026 • 4:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ajinomoto ialah sebuah jenama dari Jepun yang dikenali di seluruh dunia, termasuklah Malaysia untuk penawaran perasa makanan monosodium glutamate atau lebih dikenali sebagai MSG. Tetapi tahukah anda bahawa syarikat tersebut mereka juga memegang monopoli global untuk satu lagi bahan yang digunakan oleh hampir semua syarikat pengeluar cip semikonduktor di dunia?

Bahan tersebut ialah Ajinomoto Build-up Film, ataupun ABF yang merupakan sebuah filem penebat yang digunakan oleh semua syarikat teknologi yang membangunkan komponen cip semikonduktor mereka sendiri. Bahan ABF ini telah dipatenkan oleh Ajinomoto, dan dianggarkan bahawa 95 peratus daripada syarikat-syarikat semikonduktor dunia menggunakannya.

Laporan terkini dari Shenzhen Electronics Chamber of Commerce mengatakan bahawa Ajinomoto telah memotong penghantaran bekalan filem ABF ke pasaran China baru-baru ini, dan ini dilihat menyebabkan kekurangan bekalan komponen yang cukup ketara untuk pengeluar komponen semikonduktor tersebut.

Isu ini akan menyebabkan syarikat-syarikat pembuat cip semikonduktor di China untuk tidak boleh menyiapkan proses pembuatan mereka, dan dalam jangka masa pertengahan dan panjang, akan menyebabkan mereka tidak boleh menjual penawaran komponen semikonduktor mereka ke pelanggan-pelanggan mereka kelak.

Image from: Ajinomoto Memotong 30 Peratus Bekalan Filem ABF Mereka Ke Pasaran China

Ajinomoto kini menghasilkan 2 juta kaki persegi filem ABF setiap bulan dan ini merupakan kemampuan kapasiti penuh syarikat tersebut untuk jangka-masa terdekat ini. Ajinomoto turut dilaporkan akan menambah kapasiti sebanyak 50 peratus dengan pelaburan $5 bilion untuk membangun kilang pengeluaran baru, tetapi perkara tersebut dijangka hanya akan menjadi realiti sekitar tahun 2030 kelak.

Ia dilaporkan bahawa Ajinomoto melakukan potongan terhadap pasaran China kerana mereka mahu memberi keutamaan kepada syarikat-syarikat semikonduktor tempatan dan juga syarikat-syarikat semikonduktor global seperti AMD, Intel dan NVIDIA yang merupakan pelanggan-pelanggan terbesar mereka.

Walaupun begitu, pihak China juga nampaknya telah mula bersiap-sedia pada awal tahun ini, dimana syarikat pengeluar MSG mereka sendiri, iaitu Lotus Holdings telah membeli pegangan saham 51 peratus syarikat Shenzhen Newface New Material Technology Co., Ltd untuk memasuki arena pengeluaran komponen ABF ini.

Ia dilaporkan bahawa Shenzhen Newface kini sedang membangunkan teknologi filem penebat seakan-akan filem ABF mereka sendiri, dan pengambilaihan ini dikatakan akan membolehkan industri pengeluaran cip semikonduktor mereka tidak terlalu bergantung kepada filem ABF seperti negara-negara dan syarikat-syarikat yang lain. Walaupun begitu, proses penyelidikan ini akan mengambil masa beberapa tahun sebelum ia boleh menggantikan filem ABF yang ditawarkan Ajinomoto.

Sumber: Shenzhen Electronics Chamber of Commerce, Biggo Finance

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved