Mahkamah tolak rayuan Ricky Wong, kekal beku aset RM169.22 juta

LocalBusiness & Finance
11 Aug 2026 • 7:15 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mahkamah tolak rayuan Ricky Wong, kekal beku aset RM169.22 juta

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini semalam mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi yang membekukan aset bernilai RM169.22 juta milik ahli perniagaan, Datuk Wong Shee Kai atau dikenali Ricky Wong; ibunya, Teh Sew Wan serta syarikat mereka, Wong SK Holdings Sdn. Bhd.

Keputusan sebulat suara tersebut dibuat panel tiga hakim diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Ravinthran N. Paramaguru bersama dua Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr. Choo Kah Sing dan Datuk Leonard David Shim.

Ketika menyampaikan keputusan menerusi aplikasi Zoom, Hakim Leonard berkata, hakim Mahkamah Tinggi telah menggunakan budi bicaranya dengan betul berdasarkan prinsip undang-undang berkaitan.

Beliau berkata, Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah injunksi interim dan inter parte (kedua belah pihak) di bawah Seksyen 360 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).

Katanya, peruntukan itu membolehkan mahkamah menghalang ketiga-tiga perayu daripada melupus atau menguruskan aset mereka sementara menunggu kes berkenaan diputuskan.

“Mahkamah mendapati terdapat kes prima facie bahawa ketiga-tiga perayu secara bersama dan berasingan melanggar Seksyen 179 CMSA serta memperoleh keuntungan kewangan tidak sah sekurang-kurangnya RM56 juta daripada penipuan berkenaan.

“Justeru, adalah wajar untuk mahkamah memberikan injunk­si interim di bawah Seksyen 360(2) CMSA,” katanya.

Hakim Leonard berkata, panel itu turut mendapati Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mempunyai asas kes yang kukuh dan terdapat risiko sebenar aset terbabit akan dipindahkan atau dilupuskan oleh ketiga-tiga perayu. – UTUSAN

The post Mahkamah tolak rayuan Ricky Wong, kekal beku aset RM169.22 juta appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved