
Pelakon terkenal dan pelumba endurance, Ajith Kumar, bakal menjadi perhatian utama di Litar Antarabangsa Sepang apabila beliau menyertai dua acara besar berturut-turut: Michelin 12 Hours Malaysia 2025 pada minggu ini, diikuti Asian Le Mans Series – 4 Hours of Sepang pada minggu hadapan.
Kehadiran Ajith dalam dua perlumbaan berprofil tinggi ini mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama sukan permotoran rantau Asia.
Michelin 12 Hours Malaysia – 6 Disember 2025
Dalam edisi kali ini, Ajith Kumar akan beraksi dalam kelas GT3 bersama pasukan Ajith RedAnt Racing, membawa jentera:
GT3: Mercedes-AMG GT3 EVO – Kereta #93
Beliau akan digandingkan dengan barisan pemandu berpengalaman:
- Ayrton Redant
- Yannick Redant
- Kobe de Breucker
Kombinasi pemandu profesional Eropah bersama Ajith memberikan pasukan ini kekuatan seimbang dari segi pengalaman, konsistensi dan kepantasan.
Maklumat Perlumbaan:
- Start Grid: 9.00 pagi
- Perlumbaan Bermula: 10.00 pagi
- Tiket: Perlu membeli tiket (Start Grid telah habis, tetapi tiket harian, dua hari masih tersedia)
Dengan penyertaan Ajith Kumar dalam kategori GT3 kategori paling kompetitif dalam perlumbaan endurance. Michelin 12 Hours 2025 dijangka menerima perhatian lebih besar daripada peminat tempatan dan antarabangsa.
Asian Le Mans Series – 4 Hours of Sepang – 13 & 14 Disember 2025
Untuk perlumbaan endurance kedua, Ajith akan turun bersama Team Virage dalam kelas LMP3, memandu:
LMP 3: Ligier JS P325 – Toyota – Kereta #1
Beliau akan bergandingan dengan dua pelumba berprofil tinggi:
- Narain Karthikeyan – pelumba India pertama dalam Formula One
- Julien Gerbi – pelumba berpengalaman dan jurulatih sukan permotoran
Gabungan Ajith–Narain–Gerbi dijangka menjadi antara line-up yang paling mendapat perhatian peminat Asia.
Asian Le Mans 4H Sepang terkenal sebagai perlumbaan berintensiti tinggi, menuntut kombinasi kelajuan dan strategi tepat, terutama dalam kategori LMP3 yang sentiasa dipenuhi pesaing serius.
Menyertai dua perlumbaan ketahanan dalam satu minggu adalah cabaran besar dari segi fizikal, mental dan strategi persediaan. Namun Ajith, yang semakin aktif dalam siri perlumbaan antarabangsa, menunjukkan komitmen tinggi terhadap dunia motorsport.
Dengan dua acara berprofil tinggi berlangsung pada minggu berturut-turut, Disember di Sepang bakal menjadi bulan paling dinanti peminat sukan permotoran dan Ajith Kumar adalah salah satu sebab utamanya.
The post Ajith Kumar Sertai Dua Perlumbaan Besar di Sepang: Michelin 12 Hours & Asian Le Mans 4 Hours appeared first on TW Media.



