AJK ‘Masjid Bulat’ PJ Dipuji, Benarkan Jemaah Baring Berehat Selepas Selesai Solat Jumaat [Video]

31 Jul 2026 • 5:43 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Mohd Kurnia berkongsi suasana meriah jemaah lelaki yang berkumpul di Masjid Tun Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Masjid Bulat yang terletak di Seksyen 14, Petaling Jaya.

Menerusi video perkongsian, kelihatan ramai di kalangan jemaah sedang terbaring di atas karpet masjid dan berehat selepas selesai menunaikan solat Jumaat pada hari ini (31 Julai). Ada yang terlantar sambil bermain telefon pintar masing-masing, dan ada juga yang dilihat terlelap.

Perkara yang membuatkan Mohd Kurnia terharu adalah sikap prihatin pengurusan masjid dan Ahli Jawatankuasa (AJK) yang membenarkan jemaah untuk berehat di dalam ruang solat.

Banyak Surau & Masjid Tampal Notis Larangan Tidur – Jemaah Masjid Bulat

Hal ini kerana dakwanya, banyak surau dan masjid di luar sana yang tidak membenarkan para jemaah untuk berehat di dalam masjid, malah siap menampal notis larangan tidur di dalam ruangan ibadah tersebut.

“Masjid Bulat dekat PJ ni bagus. Pihak pengurusannya tak pernah larang jemaah untuk berehat di dalam dewan utama solat lepas solat Jumaat. Siap tidur baring lagi tu,” katanya di ruangan kapsyen.

Kebenaran untuk berehat di dalam masjid sekaligus mengimarahkan lagi rumah Allah itu dengan kehadiran ramai jemaah yang mencari keselesaan selepas menunaikan solat berjemaah.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Baru Betul” – Pihak Masjid Di Indonesia Bagi Bantal Kepada Jemaah Yang Baring Raih Pujian [Video]

Pihak Pengurusan Masjid Memahami Kerana Ramai Jemaah Dalam Golongan Pekerja – Netizen

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut memuji pihak pengurusan Masjid Tun Abdul Aziz kerana tidak berkira dan membenarkan orang ramai untuk berehat di ruang ibadah.

“Masjid ni penuh golongan pekerja. Alhamdulillah pengurusan memahami,” kata seorang lelaki.

Malah ada yang berkata semakin ramai akan berkunjung ke masjid selepas ini.

“Ini baru betul. Mengimarahkan masjid. Biar masyarakat rasa lebih selesa dan dan damai berbanding pusat membeli-belah, taman atau port tak bermanfaat,” ujar seorang pengguna Threads.

“Itulah kadang-kadang ada masjid ni jemaah biasa tak bagi (baring), jemaah tabligh boleh pula. Double standard,” kongsi seorang lagi netizen.

Lelaki Nasihat Jemaah Jaga Adab Ketika Rehat Dalam Masjid, Jangan Sampai Ganggu Jemaah Lain

Pun begitu, ada juga individu yang menasihatkan jemaah untuk sentiasa menjaga adab sewaktu berehat di dalam masjid.

“(Pihak pengurusan) Masjid tak boleh halang jemaah berehat dalam masjid sebab masjid hak semua orang Islam, lagi-lagi masjid berfungsi dek infaq dari jemaah. Cuma pihak masjid wajar ingatkan jemaah sentiasa jaga adab semasa berehat atau baring di dalam masjid.

“Selalu juga kita nampak jemaah berehat atau baring dalam keadaan tidak beradab. Ada yang tidur meniarap. Ada yang menghunjur kaki ke arah mushaf. Ada yang berbual hingga menggangu jemaah lain yang sedang beribadah dan macam-macam lagi,” tegur seorang lelaki.

‘Seperti Pemandangan Waktu Bulan Ramadan’ – Pengguna Threads

Sementara itu, ada yang berkata pemandangan orang ramai terbaring di dalam masjid itu seolah-olah situasi yang biasa dilihat semasa bulan Ramadan.

“Macam pemandangan bulan Ramadan. Mudah-mudahan kita semua dipertemukan dengan Ramadan tahun 2027. Insya-Allah,” kata seorang lelaki.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: AJK ‘Masjid Bulat’ PJ Dipuji, Benarkan Jemaah Baring Berehat Selepas Selesai Solat Jumaat [Video]
Image from: AJK ‘Masjid Bulat’ PJ Dipuji, Benarkan Jemaah Baring Berehat Selepas Selesai Solat Jumaat [Video]
Image from: AJK ‘Masjid Bulat’ PJ Dipuji, Benarkan Jemaah Baring Berehat Selepas Selesai Solat Jumaat [Video]
Image from: AJK ‘Masjid Bulat’ PJ Dipuji, Benarkan Jemaah Baring Berehat Selepas Selesai Solat Jumaat [Video]
Image from: AJK ‘Masjid Bulat’ PJ Dipuji, Benarkan Jemaah Baring Berehat Selepas Selesai Solat Jumaat [Video]
Image from: AJK ‘Masjid Bulat’ PJ Dipuji, Benarkan Jemaah Baring Berehat Selepas Selesai Solat Jumaat [Video]
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Berehat & Bersihkan Diri, Peserta RXZ Members Dijemput Singgah Ke Masjid Al-Abrar

Baca Artikel Berkaitan: “Diorang Cium Nak Remove Lipstick Ke?” – Kesan Gincu Pada Dinding Masjid Buat Ramai Geli

Baca Artikel Berkaitan: “Nak Berlatih Nanti Mati Tak Takut Sangat” – Lelaki Tidur Dalam Keranda Van Jenazah Curi Perhatian [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved