
BEAUFORT: Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam menyarankan Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid dan surau di seluruh Sabah mencarum dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Katanya, saranan itu juga merangkumi kepentingan guru agama dan guru Al-Quran di seluruh negeri ini sebagai perlindungan keselamatan sosial jika berlaku kemalangan ketika bertugas.
Beliau berkata, kemudahan caruman itu telah diwujudkan sejak 2022 termasuk peruntukan di bawah Bajet Madani 2023, namun kurang mendapat sambutan berikutan informasi yang kurang diketengahkan.
“Saya juga akan berbincang dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) dan Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) bagi memastikan usaha caruman Perkeso ini dapat diperluaskan kepada komuniti di bawah agensi ini.

