‘Akan ada kehidupan berbeza sedikit lepas kahwin’ - Bella Astillah kongsi debaran bakal bergelar isteri , anak-anak tetap keutamaan

EntertainmentLifestyle
30 Sep 2026 • 8:27 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: ‘Akan ada kehidupan berbeza sedikit lepas kahwin’ - Bella Astillah kongsi debaran bakal bergelar isteri , anak-anak tetap keutamaan

BAKAL melangkah ke fasa baharu kehidupan bukan sekadar tentang persiapan majlis, sebaliknya turut menuntut persediaan hati untuk menyesuaikan diri dengan rutin dan tanggungjawab yang berbeza.

Bagi penyanyi dan pelakon Bella Astillah, debaran menjelang perkahwinan juga hadir bersama pelbagai perkara yang perlu diseimbangkan, terutama masa bersama anak-anak, komitmen kerjaya dan persiapan sebagai bakal pengantin.

Ibu kepada dua cahaya mata itu mengakui dirinya kini perlu lebih bijak membahagikan masa kerana anak-anaknya, Ayden dan Ara, masing-masing mempunyai rutin serta aktiviti sendiri.

Image from: ‘Akan ada kehidupan berbeza sedikit lepas kahwin’ - Bella Astillah kongsi debaran bakal bergelar isteri , anak-anak tetap keutamaan

“As for now memang kita hanya fokus seperti bila kena seimbangkan dari segi persiapan, kerjaya dan juga anak-anak.

“Tak boleh nak tinggalkan anak-anak, tetap perlu luang masa untuk mereka. Bila tahu mereka ada banyak macam Ayden dan Ara, mereka ada sukan, ada tuisyen di sekolah,” katanya.

Walaupun tidak terlibat sepenuhnya dalam setiap urusan persiapan, Bella memberitahu kedua-dua anaknya tetap mengetahui tentang perancangan perkahwinan dan menunjukkan keterujaan untuk melalui fasa baharu itu bersama.

“Bila tidak libatkan 100 peratus, tapi mereka ada bertanya, jadi insya-ALLAH anak-anak pun sangat teruja juga,” ujarnya.

Serah persiapan kepada wedding planner

Dalam kesibukan menguruskan pelbagai komitmen, Bella memilih untuk menyerahkan sebahagian besar urusan persiapan majlis kepada perancang perkahwinan.

Menurutnya, sebagai bakal pengantin, dia kini lebih mahu memberi perhatian kepada perkara yang benar-benar memerlukan penglibatan dirinya.

“Itu Bella serahkan sepenuhnya kepada wedding planner. Bila sebagai bride to be memang hanya fokus mana yang perlu,” katanya.

Bagi Bella, persiapan perkahwinan bukan satu-satunya perkara yang berada dalam fikirannya. Komitmen terhadap kerjaya juga tetap perlu dilunaskan selepas bergelar isteri nanti.

Tetap mahu kejar rezeki selepas kahwin

    View this post on Instagram           

A post shared by sinarplus (@sinarplus)

 

Bella berkata, selagi dirinya masih diberikan tenaga dan kemampuan untuk bekerja, dia melihat kerjaya sebagai satu bentuk rezeki yang wajar terus diusahakan.

Image from: ‘Akan ada kehidupan berbeza sedikit lepas kahwin’ - Bella Astillah kongsi debaran bakal bergelar isteri , anak-anak tetap keutamaan

“Lepas kahwin still kerja, ada yang perlu saya lunaskan. Alhamdulillah, sebab benda ini rezeki.

“Selagi kita berdaya, selagi ada kekuatan, Bella rasa tak salah untuk kita kejar rezeki. Bella pun dah terbiasa sejak dahulu lagi,” katanya.

Bagaimanapun, mengenai perancangan kerjaya selepas berkahwin bersama bakal suami, pelantun lagu Lebih Indah Berpisah itu mengakui perkara tersebut masih belum dibincangkan secara terperinci.

“Lepas kahwin YB, okey kot. Nanti insya-ALLAH. Kita berdua belum berbincang lagi ke tahap tersebut dan tengok macam mana,” jelasnya.

Sedar kehidupan bakal berubah

Dalam keterujaan menanti hari bahagia, Bella juga sedar kehidupan selepas berkahwin tidak akan sama seperti sebelumnya.

Katanya, antara perkara yang perlu dilakukan adalah membiasakan diri dengan situasi dan rutin baharu sebagai seorang isteri.

Image from: ‘Akan ada kehidupan berbeza sedikit lepas kahwin’ - Bella Astillah kongsi debaran bakal bergelar isteri , anak-anak tetap keutamaan

“Ia melibatkan banyak perkara. Satu untuk Bella sendiri, kena biasakan dengan situasi rumah tangga. Akan ada kehidupan berbeza sedikit lepas kahwin.

“Tapi pada saya, berdebar atau stres adalah part of the journey, jadi Bella teruskan saja,” katanya.

Bagi Bella, debaran yang dirasai menjelang perkahwinan bukan sesuatu yang perlu dielakkan. Sebaliknya, perasaan itu sebahagian daripada perjalanan menuju sebuah kehidupan baharu.

Dengan anak-anak, kerjaya dan kehidupan rumah tangga yang bakal berubah, Bella kini hanya mahu menikmati setiap proses yang sedang dilalui satu demi satu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved