Perkongsian mengenai Bella Astillah yang disamakan dengan Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di media sosial.
Perbandingan itu dipercayai dibuat oleh peminat berdasarkan persamaan tertentu antara Bella dan Allahyarham Tun Siti Hasmah, termasuk dari segi latar belakang serta kehidupan bersama pasangan yang mempunyai penglibatan dalam bidang politik.
AdvertisementNamun, ada pihak yang kurang bersetuju apabila Bella pula menjadi sasaran kecaman susulan perbandingan tersebut.
Seorang pengguna media sosial, Hanis Senggara, tampil mempertahankan Bella dan berkata gelaran berkenaan diberikan oleh peminat, bukannya diminta sendiri oleh Bella.

“Yang menyamakan Bella dengan arwah Tun Hasmah tu peminat, bukan Bella sendiri. Tapi peliknya, Bella pula yang kena herdik dan dikecam seolah-olah dia yang meminta gelaran tersebut.”
Menurutnya, Bella hanya menjalani kehidupannya seperti biasa dan kebetulan kini mempunyai pasangan yang terlibat dalam politik.
“Dia cuma menjalani kehidupan dia seperti biasa. Kebetulan jodohnya dengan seorang ahli politik, jadi apa masalahnya?”
Dia turut meminta orang ramai supaya tidak menggunakan kata-kata yang boleh merendahkan maruah seorang wanita hanya kerana gelaran yang diberikan oleh peminat.
Dalam perkongsian susulan, Hanis menegaskan Bella tidak pernah meminta pengiktirafan atau pengesahan daripada peminat.
“Dia tak pernah pun terhegeh-hegeh meminta pengiktirafan atau validation daripada peminat. Kalau tak suka, tak perlu puji. Tapi jangan sampai merendahkan maruah seorang wanita hanya kerana gelaran yang diberikan oleh orang lain.”
Netizen Turut Beri Pandangan
Dalam pada itu, seorang lagi pengguna media sosial berpandangan bahawa Bella sememangnya mempunyai hak untuk mengambil perkara positif daripada perbandingan tersebut.

“BASS menjadikan TunM & TunH sebagai idola, siap jumpa utk tuntut ilmu dlm perhubungan, tak salah jika BASS ‘tiru’ Pun.”
Ada juga netizen yang menganggap perbandingan berkenaan berpunca daripada tindakan peminat sendiri, bukannya daripada Bella yang sengaja mahu meletakkan dirinya setaraf dengan Allahyarham Tun Siti Hasmah.
Perbincangan itu turut memperlihatkan perbezaan pandangan netizen antara gelaran yang diberikan peminat dengan tindakan individu yang sengaja mengaitkan atau membandingkan seseorang dengan tokoh tertentu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Kalau Saya Meninggal Terlebih Awal, Saya Nak Lofa Kahwin" - Haris Ismail
The post “Dia Tak Terhegeh-Hegeh Minta Pun” – Disamakan Dengan Allahyarham Tun Siti Hasmah, Bella Astillah Jadi Sasaran Kecaman ‘Haters’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





