Akan Ulas Tentang ‘Private Jet’ Jumaat Ini, Aliff Syukri Akui Takut Dikejar LHDN – “Ramai Orang Salah Tafsir, Cakap Saya Macam-Macam”

LocalBusiness & Finance
23 Jul 2025 • 3:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Kosmo, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berkata banyak hal yang perlu dipertimbangkan dan berjanji akan membuat pengumuman rasmi pada hari Jumaat bagi menjawab segala teka-teki mengenai pembelian jet peribadi mewah yang bernilai jutaan ringgit.

Aliff Syukri takut dikejar LHDN

Kata Aliff atau nama sebenar, Aliff Syukri Kamarzaman, dirinya terpaksa mengunci mulut daripada ulas lebih lanjut mengenai butiran atau alasan membabitkan banyak pihak serta potensi kesan sampingan daripada pendedah tersebut.

Sebenarnya kalau cakap nanti orang kata saya riak. Kalau beritahu, nanti LHDN kejar pula. Jadi saya ambil keputusan untuk umumkan pada hari Jumaat nanti. Bila lihat orang ada sesuatu, takut ada penyakit ain.

Pembelian jet mewah bukan gimik murahan

Menurut bapa kepada enam orang cahaya mata itu, segala perkongsiannya di platform media sosial sebelum ini bukan gimik murahan, sebaliknya impian yang sudah lama terpahat dalam hati sejak bertahun dulu.

Tapi untuk tahu sama ada jet itu benar atau tidak milik saya, tunggu sahaja hari Jumaat. Benda ini besar, bukan harga murah. Ramai orang salah tafsir dan cakap saya macam-macam

Sebelum ini, tular di platform media sosial selepas Aliff berkongsikan rasa teruja bersama isteri dan anaknya selepas membeli sebuah jet peribadi mewah berwarna hitam.

image is not available 2025-07-21 16:34:31

Aliff Syukri Berjaya Beli Jet Peribadi, Netizen Ucap Tahniah Kerja Keras Setiap Hari - "Hasil Jual Jeruk Mangga..."