Aliff Syukri Syukur, Hasrat Ada Private Jet Tercapai - “Alhamdulillah, Berkat Menjual Jeruk Bersama Amayan…”

22 Jul 2025 • 7:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mendakwa mereka sekeluarga berjaya memiliki sebuah jet peribadi.
 

Hasil titik peluh jual mangga jeruk


Aliff berkongsi berita gembira itu menerusi sepotong video terbaharu yang dimuat naik di akaun TikTok


miliknya.


 


Video tersebut merakamkan keterujaan Aliff bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida dan Ammar menaiki jet peribadi berwarna hitam itu.


 


Menurut Aliff, jet peribadi itu merupakan hasil titik peluh menjual jeruk mangga bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan.


 

“Alhamdulilah, akhirnya tercapai juga hasrat papa dan mama. Doakan yang baik-baik untuk kami, amin,” tulisnya.

 


Sementara itu, menerusi video yang sama merakamkan Aliff dan Ammar tidak ketinggalan masuk ke dalam jet peribadi tersebut dan melakukan lawatan ringkas sambil menunjukkan kemudahan mewah dalam pesawat mewah tersebut.


 

“Alhamdulillah, berkat menjual jeruk bersama Ammar Ahyan kita dapat beli sebuah private jet,” ujar Aliff.

 


Terdahulu, Aliff pernah menafikan dakwaan nombor plat kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire terbaharunya mencecah ratusan ribu ringgit.


 


 

@papalarisofficial Alhamdulilah, akhirnya tercapai jugak hasrat papa n mama.. Doakan yang baik2 untuk kami, Amin #i ♬ Anak kampung - ꧁ . _ ꧂