Aliff Syukri Akan Buat Pengumuman Besar Jumaat Ini

LocalEntertainment
23 Jul 2025 • 3:37 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia jet Aliff Syukri

Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini mencuri tumpuan apabila dikatakan membeli sebuah jet peribadi.

Memetik laporan Kosmo!, buat masa ini Aliff terpaksa menutup mulut mengenai pembelian jet peribadi yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit tersebut.

Aliff bagaimanapun berjanji akan menjawab segala persoalan mengenai jet itu pada Jumaat ini menerusi satu pengumuman rasmi.

“Kalau cakap nanti orang kata saya riak”

image is not available

Menurut Aliff, dia memilih untuk berdiam diri buat sementara waktu kerana isu ini membabitkan banyak pihak dan mungkin memberi kesan sampingan jika didedahkan lebih awal.

Sebenarnya kalau cakap nanti orang kata saya riak. Kalau beritahu, nanti LHDN kejar pula. Jadi saya ambil keputusan untuk umumkan pada hari Jumaat nanti.

Aliff juga mengakui bimbang jika timbul penyakit ain terhadap dirinya.

Jet peribadi adalah impian sejak lama

image is not available

Aliff turut menjelaskan bahawa video tular sebelum ini bukanlah satu gimik murahan, sebaliknya ia adalah impian yang lama terpendam.

Untuk tahu sama ada jet itu benar atau tidak milik saya, tunggu sahaja hari Jumaat. Benda ini besar, bukan harga murah.

Menariknya, Aliff turut berkongsi kejayaan besar daripada perniagaan jeruk mangga harumanis yang dijalankan bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan.

Katanya, hanya dengan menjual jeruk mangga dia dapat meraih jutaan ringgit.

Pssttt! Sama ada jet peribadi itu betul-betul miliknya atau tidak, kita tunggu hari Jumaat ini untuk jawapan sebenar.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.