Akaun bank dibekukan, Najib tak mampu bayar denda RM50 juta! – Peguam

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 12:05 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan tidak berkemampuan untuk menjelaskan denda RM50 juta yang dikenakan sebagai antara syarat bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International di bawah tahanan rumah.

Image from: Akaun bank dibekukan, Najib tak mampu bayar denda RM50 juta! – Peguam

Foto: New Straits Times

Memetik laporan Berita Harian, Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, keadaan kewangan bekas Perdana Menteri itu menyebabkan beliau tidak mampu membayar jumlah denda berkenaan.

“Setakat hari ini, Datuk Seri Najib sendiri tidak mampu membayarnya. Beliau tidak mampu membayar,” katanya kepada pemberita selepas prosiding mahkamah membabitkan Najib, hari ini.

Menurut Shafee, keadaan itu turut berkait dengan pembekuan akaun bank milik Najib, termasuk akaun Affin Bank yang didakwa sebelum ini digunakan untuk menerima gaji beliau ketika menjawat jawatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen.

Dalam pada itu, Shafee menjelaskan bahawa Najib tidak pernah meminta orang awam menghulurkan sumbangan bagi membantunya melunaskan denda RM50 juta tersebut.

Beliau turut mendedahkan bahawa sehingga kini, Najib masih belum menerima surat rasmi berkaitan pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong yang membolehkan baki hukuman penjara dalam kes SRC International dijalani menerusi tahanan rumah.

Katanya, pasukan guaman Najib juga belum memperoleh dokumen rasmi yang memperincikan syarat-syarat pengampunan berkenaan.

“Yang di-Pertuan Agong sudah membuat keputusan secara prerogatif, orang yang paling mustahak ialah Datuk Seri Najib sebab dia adalah orang yang dikenakan penjara, dikenakan penahanan rumah, tetapi hingga ke hari ini dia belum mendapat surat itu.
“Kita tak tahu, kenapa surat itu begitu lambat, penjara (Jabatan Penjara) pun tidak dapat,” jelasnya.

Artikel lain: Kes 1MDB: Najib mohon gantung hukuman penjara 15 tahun, denda RM11.38 bilion

Shafee berkata, keadaan itu menjadi lebih dipersoalkan kerana sudah memasuki hari kelapan sejak Najib dikatakan menerima pengampunan bersyarat berkenaan.

“Hari kelapan, pelik. Kelewatan ini menjejaskan tindakan seterusnya pasukan guaman kerana kami tidak mengetahui syarat penuh yang terkandung dalam dokumen rasmi berkenaan,” tambahnya lagi.

Sumber: Berita Harian (Suraya Roslan)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved