Dahulu akaun Google boleh dilog masuk menggunakan kata laluan. Kemudian Passkey diperkenalkan dengan hanya imbasan biometri cap jari atau Face ID disokong. Pagi ini Google mengumumkan akaun kini boleh dilog masuk menggunakan swavideo.

Pengguna terlebih dahulu perlu merakam swavideo mengikut arahan yang diberikan pada skrin. Ini akan menjadi video asas pengesahan identiti. Apabila sistem log masuk digunakan, pengguna hanya perlu mengikut arahan diberikan seperti memandang kiri, kanan, atas atau bawah. Ia kemudiannya akan dibandingkan dengan video asas untuk pengesahan.
Google berkata terdapat ciri keselamatan untuk mengelakkan sistem ini ditipu menggunakan video janaan kecerdasan buatan. Misalnya arahan yang diberikan semasa pengesahan adalah berbeza bagi memastikan ia adalah swavideo asli.
Menurut Google, swavideo dirakam dan disimpan dengan pengguna boleh memadamkannya pada bila-bila masa d Ia hanya digunakan untuk membantu log masuk. Swavideo akan disulitkan semasa tidak digunakan.


