Akaun Instagram Diharamkan Jika Muat Naik Video Menggatal Menggunakan Cermin Mata Pintar

TechnologyDigital
24 Jul 2026 • 9:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Genre video yang semakin popular di media sosial ialah yang merakam aksi mengganggu orang lain menerusi cermin mata pintar. Ia mungkin dalam bentuk prank atau percubaan menggatal untuk mengorat. Tetapi jika video seperti ini dimuat naik ke Instagram, ia kini boleh menyebabkan akaun diharamkan.

Image from: Akaun Instagram Diharamkan Jika Muat Naik Video Menggatal Menggunakan Cermin Mata Pintar

Adam Mosseri, ketua Instagram mengatakan platform tidak lagi akan membenarkan video berbentuk gangguan seperti ini dimuat naik. Setakat ini beberapa akuan yang memuat naik video prank yang dirakam dengan cermin mata pintar telahpun diharamkan.

Instagram lebih awal mengharamkan video seperti ini kerana Meta ialah pengeluar utama cermin mata pintar dengan kamera terbina. Sejak dari awal pelancarannya, wujud persoalan mengenai pelanggaran privasi kerana orang ramai dirakam tanpa kebenaran.

Isu ini dianggap serius sehingga Ray-Ban Meta diberikan nama jolokan “cermin mata si gatal” di Amerika Syarikat. Dengan Google dan Samsung akan melancarkan cermin mata pintar mereka pada musim luruh akan datang, langkah Instagram ini mungkin adalah sebagai persediaan mengelakkan lambakan kandungan berunsur gangguan pada platfor mereka.

Sumber – Business Insider

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved