Akaun Instagram Jaya Grocer Digodam – Promosi Emas Dan Peranti Pintar Adalah Palsu

LocalSales & Promo
6 Oct 2026 • 5:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Melalui sebuah hantaran di Facebook, syarikat pasaraya Jaya Grocer telah mengesahkan bahawa akaun Instagram mereka telah digodam, dan semua hantaran-hantaran terbaru pada platform Instagram tersebut adalah palsu.

Image from: Akaun Instagram Jaya Grocer Digodam – Promosi Emas Dan Peranti Pintar Adalah Palsu

Jika anda melihat hantaran-hantaran terbaru akaun instagram tersebut, ia mempromosikan peranti-peranti seperti Apple iPhone dan juga pemberian emas dan juga pautan pada profil akaun tersebut. Pihak Jaya Grocer mengesahkan bahawa mereka TIDAK melarikan promosi-promosi ini, dan pengikut-pengikut akaun tersebut tidak patut mempercayai sebarang permintaan untuk menyertai sebarang promosi ataupun menekan pautan Telegram yang tertera pada IG Stories akaun tersebut.

Image from: Akaun Instagram Jaya Grocer Digodam – Promosi Emas Dan Peranti Pintar Adalah Palsu

Pihak Jaya Grocer mengatakan bahawa mereka kini sedang mencuba untuk mendapatkan akses kepada akaun tersebut semula.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved