[VIDEO] Wanita kahwini semula bekas suami terlantar sakit

Family & ParentingLifestyle
5 Oct 2026 • 5:20 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Wanita kahwini semula bekas suami terlantar sakit

PETALING JAYA – Seorang wanita memilih untuk berkahwin semula dengan bekas suaminya selepas 20 tahun mereka berpisah, demi menjaga lelaki tersebut yang kini terlantar sakit dan memerlukan penjagaan.

Kisah pengorbanan wanita itu dikongsikan oleh anak pasangan tersebut menerusi hantaran TikTok Dr Nabila Silky Lara yang mana akad nikah ibu bapanya dijalankan pada 3 Oktober lalu.

“Lepas hampir 20 tahun berpisah, hari ni mak dengan ayah kembali disatukan sebgai suami isteri.

“Saya satu-satunya anak, mungkin sejak kecil saya dah terbiasa terima jalan hidup ibu ayah ni dah berbeza. Tapi rupa-rupanya ada cerita yang Allah ‘belum habiskan’,” katanya pada hantaran video semalam.

Dr Nabila berkata, bapanya ditimpa kemalangan pada tahun ini sekali gus memerlukan penjagaan harian yang rapi.

“Tahun ni abah ditimpa kemalangan dan mengubah banyak perkara dalam hidup kami. Dari seorang ayah yang mampu urus diri sendiri, tapi hari ni abah memerlukan bantuan dan penjagaan.

“Mak tiba-tiba buat satu keputusan besar untuk kembali bernikah dengan abah. Alhamdulillah, hari ni abah dan mak kembali. Saya sendiri tengok abah lafazkan akad nikah dalam keadaan terlantar,” katanya.

Pada video berkenaan, Dr Nabila turut membantu menyolek ibunya sebelum upacara nikah berlangsung, selain menolong bapanya yang terlantar di atas katil untuk melafazkan akad nikah berkenaan.

Malah, ibu bapanya masing-masing menitiskan air mata saat upacara nikah sederhana itu selesai dan berjalan lancar.

Sementara itu, Dr Nabila turut menulis pada kapsyen video berterima kasih kepada ibunya kerana memilih untuk menjaga bapanya yang sakit.

“Saya sendiri susah nak gambarkan apa yang saya rasa. Selepas 20 tahun keluarga ini dipertemukan kembali dengan cara yang langsung tidak pernah dirancang.

“Kita tak pernah tahu bagaimana Allah menyusun perjalanan hidup seseorang. Ada yang berpisah untuk satu tempoh sangat lama dan ada yang dipertemukan semula ketika mereka paling memerlukan satu sama lain.

“Untuk mak, terima kasih kerana memilih untuk menjaga abah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@silkylarabydrnabila3.10.2026, kenangan baru tercipta. Saya sendiri susah nak gambarkan apa yang saya rasa. Selepas 20 tahun, keluarga ini dipertemukan kembali dengan cara yang langsung tidak pernah di rancang. Kita tak pernah tahu bagaimana Allah menyusun perjalanan hidup seseorang. Ada yang berpisah untuk satu tempoh yang sangat lama… dan ada yang dipertemukan semula ketika mereka paling memerlukan satu sama lain. Untuk mak, terima kasih kerana memilih untuk menjaga abah.

♬ Piano, sad, touching, majestic, nature, movie – arachang

The post [VIDEO] Wanita kahwini semula bekas suami terlantar sakit appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved