[VIDEO] ‘Baju orang pun nak rembat’

2 Oct 2026 • 8:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Baju orang pun nak rembat’

PETALING JAYA – Dua lelaki menaiki motosikal didakwa dengan selamba mencuri baju yang disidai di luar rumah, dalam kejadian di sebuah taman perumahan tengah hari tadi.

Kejadian itu dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) serta dimuat naik pemilik rumah berkenaan pada akaun Thread Aidasofeaa.

Pada video tersebut, memperlihatkan dua lelaki menaiki motosikal dan mereka berhenti seketika di sebelah ampaian diletakkan di luar rumah, manakala pembonceng di belakang terus mengambil sehelai baju dan mereka bergegas meninggalkan tempat itu.

“Hello polis, ada orang curi baju saya,” kata Aidasofeaa menerusi kapsyen ringkas video tersebut.

Ia mendapat pelbagai maklum balas orang ramai selain ada yang menasihati orang ramai supaya tidak lagi menyidai pakaian di luar pagar rumah.

“Baju orang pun manusia durjana ni nak rembat ke. Pelik-pelik manusia zaman sekarang,” kata Peter_michael4878.

“Baju drive thru (pandu lalu) ye dia buat,” kata Aiman_akmal berseloroh.

“Baju-T baharu tu, tu yang dia berkenan. Apa nak jadi orang sekarang,” komen Unclemirul.

“Bahaya baju sidang kat luar. Kita tak tahu apa tujuan dia ambil baju. Takut nak buat sihir ke apa kan, kena lebih hati-hati lepas ni guys,” komen Alynjoe. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Baju orang pun nak rembat’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved