Akaun Palsu Menyamar Guna Nama Penyampai IKIMfm, IKIM Bersuara

LocalEntertainment
25 Sep 2025 • 10:10 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia ikim Fm

Baru-baru ini, tular di Threads satu gambar memaparkan seorang wanita berpakaian mencolok mata ketika berada di gelanggang pickleball.

Lebih teruk lagi apabila perkongsian itu turut disertai dengan hashtag penyampai radio stesen islamik popular, IKIM FM.

Meninjau ke Facebook, DJ radio berkenaan menerusi akaun rasmi pernah membuat penjelasan bahawa terdapat akaun palsu yang memburukkan namanya.

image is not available

Akaun berkenaan dikatakan muat naik video dan gambar dengan kapsyen berbaur fitnah yang boleh jatuhkan maruah individu serta organisasi.

DJ Ikim hanya ada satu akaun rasmi

Mengambil maklum mengenai hal itu, IKIM telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjernihkan nama penyampai radio mereka.

image is not available

image is not available

Untuk pengetahuan, Siti Rohani Surani hanya ada satu akaun Facebook rasmi dengan nama “Siti Rohani Surani – Rasmi”.

Jadi, apa-apa kandungan daripada akaun lain jelas tiada kaitan langsung dengan beliau atau pihak IKIMfm.

image is not available

IKIM turut menjelaskan, tindakan membuat akaun palsu mengggunakan nama penyampai radio sejak 2013 adalah satu perbuatan yang tak bertanggungjawab dan boleh timbulkan kekeliruan besar kepada masyarakat.

Bagi memastikan perkara ini tak berlarutan, IKIM sudah pun buat laporan polis, laporan kepada SKMM dan juga Meta.

IKIM juga pernah mengeluarkan beberapa kenyataan penafian sebelum ini.

Pssttt! Zaman sekarang, akaun palsu makin berleluasa dan bukan saja boleh jatuhkan maruah seseorang, tapi juga boleh rosakkan nama organisasi. Jadi, hati-hati bila terima info di media sosial, pastikan ia daripada sumber rasmi.

Kredit: Siti Rohani Surani – Rasmi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.