Akaun TikTok Guru Viral ‘Kosong’, Tiada Lagi Video Dengan Pelajar Selepas Dikecam

21 Jun 2023 • 7:04 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas seorang ibu membangkitkan rasa risau melihat seorang guru wanita yang viral di TikTok memuat naik video mengeledah beg sekolah murid, nampaknya guru tersebut sudah pun memadamkan semua videonya bersama anak-anak murid di akaunnya.

Guru yang juga merupakan seorang TikTokers yang memiliki pengikut sebanyak 1.5 juta tu tidak meninggalkan sebarang video dan dipercayai terkesan dengan kecaman netizen selepas isu dibangkitkan oleh seorang pengguna Twitter, baru-baru ini.

image is not available

Difahamkan daripada salah seorang ibu kepada murid yang muncul dalam video guru tersebut, dia mengesahkan telah memberi kebenaran untuk merakam serta memuat naik video yang melibatkan anaknya.

Bagaimanapun, ibu tersebut tidak memberi kebenaran kepada pihak lain untuk melakukan hal sama dan minta pengadu memadam tweet berkenaan atau akan berdepan dengan tindakan undang-undang.

image is not available

Biarpun ada ibu bapa yang benarkan anak mereka muncul dalam video guru itu, netizen persoalkan sama ada ibu bapa lain juga beri kebenaran yang sama.

Sebelum ini, seorang wanita di Twitter pertikaikan perbuatan guru yang juga merupakan TikTokers yang mengajar di sekolah swasta tersebut kerana mengeladah beg dan makan vitamin pelajar sambil merakam video.

image is not available 2 hari lalu

Video Dapat Jutaan 'Views', Wanita Persoal Guru Cantik Buat 'Content' Tunjuk Anak Murid - "Dia Selongkar Beg 'Student'"