Cikgu Cantik Dengan 1.5 Juta Pengikut Padam Semua Video TikTok Selepas Dikecam?

21 Jun 2023 • 11:22 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter mempersoal tindakan seorang cikgu cantik di sebuah sekolah swasta yang sering menjadikan sesi mengajarnya di dalam kelas sebagai konten.

Cikgu itu juga menjadi sangat terkenal dan bergelar TikTokers dengan lebih 1.5 juta pengikut selepas beberapa konten menjadi viral. Bagaimanapun, meninjau semula akaun TikTok guru terbabit, tidak ada lagi sebarang video yang dapat dilihat lagi.

image is not available

Difahamkan daripada salah seorang ibu kepada murid yang muncul dalam video guru tersebut, dia mengesahkan telah memberi kebenaran untuk merakam serta memuat naik video yang melibatkan anaknya.

Bagaimanapun, ibu tersebut tidak memberi kebenaran kepada pihak lain untuk melakukan hal sama dan minta pengadu memadam tweet berkenaan atau akan berdepan dengan tindakan undang-undang.

Biarpun ada ibu bapa yang benarkan anak mereka muncul dalam video guru itu, netizen persoalkan sama ada ibu bapa lain juga beri kebenaran yang sama.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.