Video selongkar beg pelajar dilapor ke menteri, guru padam semua konten TikTok

20 Jun 2023 • 9:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tindakan seorang guru di sekolah swasta yang menyelongkar isi beg para pelajarnya mengundang padah apabila video-video gelagatnya di TikTok telah ditularkan oleh pengguna Twitter.

Selongkar beg pelajar dan rakam

Pengguna media sosial dikenali sebagai @amuse_gueule juga meminta agar meminta Kementerian Pendidikan (KPM) menyelidik perihal isu tersebut dan mengenakan tindakan sewajarnya diatas perkara itu.

image is not available

Guru padam semua video

Susulan daripada kecaman yang diterima dan juga ‘ugutan’ dengan ‘memetik’ KPM dalam unggahan semula video-videonya, guru yang juga merupakan influencer dengan 1.5 juta pengikut di TikTok telah memadam semua video di akaunnya.

Tindakan tersebut mungkin disebabkan terkesan dengan penularan video-videonya menyelongkar beg pelajar menjadi perdebatan umum di media sosial.

image is not available

Ada yang dah laporkan ke KPM

Walau bagaimanapun, meninjau kembali ciapan yang dibuat pengguna Twitter, sesetengah pihak mengatakan yang mungkin vitamin dimakan oleh guru tersebut merupakan salah satu konten mempromosikan produk terbabit.

Mereka juga menyertakan beberapa tangkapan layar video guru tersebut seakan mempromosikan vitamin keluaran syarikat tersebut dan mungkin video-video yang dipadam dari TikToknya bertujuan untuk mengelakan sebarang kecaman untuk produk vitamin itu.

image is not available

Entah2 tu cuma props je untuk promo vitamin

image is not available

Belum ada sebarang penjelasan daripada guru tersebut mengapa dia melakukan tindakan seperti itu sewaktu sedang bertugas di sekolah.

Respon menteri isu yang tular

Walau bagaimanapun, menerusi laporan dari Astro Awani, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan yang pihaknya akan mempertimbangkan langkah intervensi atau tindakan yang sewajarnya jika menerima aduan.

“Kita memantau dari masa ke semasa. Sebarang aduan kita minta kemukakan kepada KPM apatah lagi jika ia menjejaskan integriti dan etika kerja seorang guru yang barangkali boleh memberi impak negatif kepada keseluruhan ekosistem pendidikan,” ujarnya.

Diharap pihak-pihak yang terlibat dapat menjelaskan hal sebenar kerana mungkin ramai yang masih tidak berpuas hati melihat tindakan seorang guru yang menyelongkar beg pelajar dan merakamnya sebelum memuat naik ke media sosial bertujuan untuk konten.

Sumber: Twitter amuse_gueule, TikTok, Astro Awani (Madiha Abdullah)