Akaun TikTok Sebar Fitnah Libatkan Wanna Ali Dengan Fattah Amin & Nur Fazura, Ini Respons Tuan Badan…

24 Oct 2024 • 7:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tular di TikTok sebuah akaun yang menyebarkan berita palsu melibatkan selebriti Wanna Ali dan bekas pasangan selebriti iaitu Nur Fazura serta Fattah Amin.

Sebar fitnah

Menerusi perkongsian tersebut, akaun itu meletakkan gambar mereka bertiga dengan tajuk berita ‘Whatsapp rakan kerja perlu ada emoji ‘love’ ke? - Fazura’.

 

Wanna ketika dihubungi Gempak bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut memandangkan akaun tersebut telah menyebarkan fitnah terhadap mereka.

 

“Ikutkan saya malas nak beri komen apa-apa. Sebab sebelum ini pun saya pernah beri penjelasan mengenai saya dan Fattah. Hubungan saya dengan kak Faz (Fazura) pun baik-baik saja.

 

“Bagi saya, siapa yang fitnah kita jumpa kat padang masyhar saja,” kata Wanna kepada Gempak.

 

Pada 13 September lalu, Wanna pernah dikritik tidak sensitif memuat naik foto bersama Fattah waktu berita mengenai Fazura memfailkan perceraian dilaporkan pada ketika itu.

 

 

Bagaimanapun Wanna tampil menjelaskan perkongsian foto bersama aktor Fattah Amin sudah ditetapkan jadual pada waktu malam untuk dikongsikan di Instagram keesokkan hari.

 

Menurut Wanna, apa yang terjadi hanya kebetulan dan dia sendiri tak dapat menyangka berita mengenai rumah tangga Fattah dan Fazura juga dilaporkan pada hari yang sama.