Tular Perbualan WhatsApp ‘Mesra’ Dengan Fattah Amin, Ini Respon Wanna Ali – “Kita Jumpa Kat Padang Mahsyar”

LocalEntertainment
24 Oct 2024 • 12:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kecoh seketika di media sosial TikTok apabila muncul tangkap layar perbualan WhatsApp mesra yang didakwa berlaku di antara Wanna Ali dan juga Fattah Amin.

Dalam video tersebut, akaun itu meletakkan foto Wanna, Fattah dan juga Fazura dengan tajuk ‘Whatsapp rakan kerja perlu ada emoji ‘love’ ke? – Fazura’.

Sehubungan itu, Wanna yang dihubungi media tampil memberikan respon namun enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut kerana ia adalah fitnah semata-mata.

Ikutkan saya malas nak beri komen apa-apa. Sebab sebelum ini pun saya pernah beri penjelasan mengenai saya dan Fattah. Hubungan saya dengan Fazura pun baik-baik saja.

Bagi saya, siapa yang fitnah kita jumpa kat padang masyhar saja.

Terdahulu, Wanna pernah dikritik tidak sensitif gara-gara memuat naik foto promosi drama TV memaparkan dia bersama Fattah di saat kisah peceraian aktor itu meledak di media sosial.

Wanna kemudian tampil memaklumkan bahawa promosi drama itu sudah dijadualkan namun tidak menyangka kisah perceraian itu turutu berlaku pada hari yang sama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 hours ago

"Hubungan Kami Sekarang Lebih Kepada Rakan" - Ira Kazar Dedah Masih Berkomunikasi Dengan Syamsul Yusof