Akaun WhatsApp menteri dalam negeri digodam

26 May 2025 • 9:49 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

PUTRAJAYA, 26 MEI: Akaun aplikasi WhatsApp Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail disahkan digodam pihak tidak bertanggungjawab hari ini.

Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam kenyataan malam ini memaklumkan perkara itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar tidak terperdaya dengan panggilan atau mesej yang mengakui diri sebagai Saifuddin Nasution terutamanya jika ia perkara berkaitan kewangan atau janji temu.

“Pihak kami amat kesal dengan tindakan penggodam yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap agar masyarakat tidak mudah terperdaya dengan penipuan sebegini.

“Kami juga menasihati orang ramai agar lebih peka dengan sindiket penipuan melalui pelbagai aplikasi media sosial dan turut melaporkan tindakan penggodam ini kepada pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved