Akaun WhatsApp Saifuddin Nasution digodam

LocalTechnology
26 May 2025 • 9:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Saifuddin Nasution

SHAH ALAM – Akaun WhatsApp Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab pada Isnin.

Pejabat Saifuddin menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa perkara tersebut telah dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Pihak kami amat kesal dengan tindakan penggodam yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap agar masyarakat tidak mudah terpedaya dengan penipuan sebegini.

“Orang ramai diingatkan agar tidak terpedaya dengan panggilan atau mesej yang mendakwa diri mereka sebagai Saifuddin, terutamanya jika ia melibatkan urusan kewangan atau janji temu untuk berjumpa,” menurut kenyataan itu pada Isnin.

Sementara itu, pihaknya turut menasihati orang ramai agar lebih peka terhadap sindiket penipuan yang menggunakan pelbagai aplikasi media sosial dan segera melaporkan tindakan penggodam kepada pihak berkuasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved