“Akhir Zaman, Solat Pun Dimainkan” – ‘Terjah’ Shaheizy Sam Lepas Solat, Syatilla Melvin Dikritik Netizen

Entertainment
27 Jan 2023 • 2:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pelakon Syatilla Melvin ada memuat naik video dirinya bersama suami, Shaheizy Sam di Instagram sedang solat berjemaah.

Bagaimanapun, video terbabit menerima kritikan daripada netizen kerana tindakan Syatilla atau mesra dipanggil sebagai Tilla ‘menerjah’ Sam selepas selesai solat.

Jika dilihat dalam video berkenaan, pelakon wanita tersebut secara tiba-tiba bergerak ke arah suaminya seolah-olah ingin menghidu sesuatu pada leher.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang melihat tindakan pasangan tersebut dan ada juga mendakwa mereka seperti mempermainkan solat.

image is not available

image is not available

image is not available

Barangkali sedar tindakannya itu telah mengundang kritikan orang ramai, selebriti terbabit mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen.

Sekadar info, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2016 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.

image is not available 1 year lalu

Alami Alahan Pelik, Syatilla Melvin Nak Muntah Tengok Rumah Sendiri