
Bila cakap tentang perwatakan seorang ayah, mesti ramai yang akan kaitkan dengan perwatakan yang tegas namun, dialah insan yang mudah tersentuh perihal anak-anak.
Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok, memaparkan seorang gadis yang baru sahaja selesai majlis konvokesyen. Tapi, reaksi ayahnya yang tidak berhenti menangis pula yang telah menjadi perhatian warganet.
Ayah tak berhenti menangis lepas majlis konvo
@sy4fm ill forever be your princess sebab ayah lah ika berjaya belajar dari dulu sampai dah degree. ayah suruh ika buat sampai phD kan? ika cuba ya untuk ayah#ayahhebat #fyp #foryourpage #konvo #universitimalaya #konvoum2022
Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 521K tontonan dan meraih lebih 96K tanda suka di platform media sosial TikTok itu.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @sy4fm, dapat dilihat dia sedang mengelap air mata ayahnya sebaik sahaja dia selesai menerima skrol semasa majlis konvokesyen daripada Universiti Malaya.
Difahamkan, si ayah mengalirkan air mata sebaik sahaja melihat anaknya itu kerana berasa sebak melihat anaknya itu.

Si anak turut cuba untuk menenangkan ayahnya walaubagaimanapun ayahnya tetap tidak berhenti mengalirkan air mata.
Situasi berkenaan telah membuatkan ramai warganet berasa sebak kerana air mata si ayah menandakan bahawa dia berasa bangga melihat pencapaian anaknya itu.
“Jaga ayah you sampai hujung nyawa dia okay, sayang & peluklah dia selagi masih ada” – Netizen
Rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dengan tindakan wanita tersebut bersama ayahnya itu setelah melihat video berkenaan dan mereka turut menitipkan pesanan agar menjaga ayahnya itu dengan baik.

Comelnya tengok dia lap air mata ayah dia.. Apapun tahniah sebab dah konvo!
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

