Akhirnya! 5 Remaja Yakni Suspek Kes Buli Zara Qairina Akan Dituduh Di Mahkamah

LocalPolitics
18 Aug 2025 • 4:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Jabatan Peguam Negara (AGC) akhirnya memutuskan untuk menuduh beberapa suspek yang terbabit dalam kes buli melibatkan pelajar berusia 13 tahun, Zara Qairina Mahathir, memetik Berita Harian.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, dalam satu kenyataan media berkata keputusan itu dibuat selepas penelitian rapi terhadap kertas siasatan yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

image is not available

Bagaimanapun, identiti suspek yang akan dituduh tidak didedahkan oleh pihak AGC.

Keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli berkenaan dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan mengganggu proses inkues yang akan berjalan.

Tambah beliau, keputusan itu juga tidak menjejaskan siasatan yang masih diteruskan oleh PDRM, termasuk prosiding inkues yang akan dijalankan di mahkamah berhubung punca kematian Zara Qairina.

Lima individu dijangka didakwa berkaitan kes buli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Rabu ini.

Perkara itu disahkan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar yang memaklumkan, pertuduhan akan dilakukan di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah.

“Seramai lima orang yang akan dituduh dan mereka berusia di bawah 18 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan polis telah menyerahkan kertas siasatan kes berkenaan kepada AGC pada pagi tadi selepas soal siasat terhadap 195 saksi selesai dijalankan.

Selain itu, kami kongsikana artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-18 15:47:18

Kes Zara Qairina: Cucu TYT Atau Isteri Menteri Didakwa Terlibat? Ini Penjelasan Menteri Dalam Negeri