“Akhirnya ada nyawa kecil sedang membesar dalam rahim…” – Isteri Achey hamil selepas 15 tahun menanti

EntertainmentFamily & Parenting
17 Nov 2026 • 1:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selepas 15 tahun menanti zuriat, pelawak dan pelakon Achey Bocey bersama isterinya, Nor Hasanah Yahaya atau Anne akhirnya bakal menimang cahaya mata menerusi rawatan persenyawaan in vitro (IVF) yang dijalankan sejak September lalu.

Berita gembira itu dikongsikan Anne menerusi hantaran di Instagram sambil meluahkan rasa syukur selepas melalui perjalanan panjang yang penuh dengan ujian dan pengharapan.

“Bukan sehari dua kami menunggu. Bukan setahun dua kami berharap. Tetapi selama 15 tahun, kami menyimpan impian yang sama.
“Ada doa yang tidak pernah putus walaupun berkali-kali diuji. Perjalanan ini bukan mudah, tetapi kami percaya setiap yang Allah aturkan pasti ada hikmahnya,” tulisnya.

Image from: “Akhirnya ada nyawa kecil sedang membesar dalam rahim…” – Isteri Achey hamil selepas 15 tahun menanti

Menerusi perkongsian sama, Anne turut memuat naik video ketika berdoa di hadapan Kaabah pada tahun lalu, selain merakamkan detik gembira bersama suami dan anak mereka sebaik menerima berita kehamilan tersebut.

“Sehinggalah Allah hadirkan satu berita yang selama ini kami impikan.
“Alhamdulillah… kami bakal menimang cahaya mata. Akhirnya ada nyawa kecil yang sedang membesar dalam rahim ini,”luahnya.

Image from: “Akhirnya ada nyawa kecil sedang membesar dalam rahim…” – Isteri Achey hamil selepas 15 tahun menanti

Anne turut menyifatkan kehamilan itu sebagai hadiah paling berharga daripada Allah, selain berterima kasih kepada semua pihak yang tidak putus memberikan sokongan dan semangat.

Terdahulu, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah memaklumkan isterinya menjalani rawatan IVF kali kedua bermula 5 September lalu selepas percubaan pertama pada 2022 tidak berhasil.

Keputusan itu turut didorong oleh hasrat anak angkat mereka, Nur Tiara Zinnirah yang sering menyuarakan keinginan untuk memiliki adik.

Untuk rekod, Achey dan Anne mendirikan rumah tangga pada 2011 sebelum mengambil Nur Tiara Zinnirah sebagai anak angkat pada 2018.

Sumber: Anne Achey

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved