Akhirnya Akshay Kumar Kembali Dalam Hera Pheri 3 Sebagai Raju, Bukan Kartik Aaryan Gantikan Tempatnya 

EntertainmentMovie
6 Dec 2022 • 7:17 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Akshay Kumar akan kembali membawakan watak Raju dalam Hera Pheri 3. - Gambar dari Instagram Akshay Kumar

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Hera Pheri 3 yang merupakan francais terbaharu kepada filem komedi Hera Pheri menjadi topik yang cukup hangat diperkatakan. 

Lebih-lebih lagi apabila aktor muda, Kartik Aaryan dilaporkan bakal menggantikan tempat Akshay Kumar sebagai Raju dalam filem tersebut. 

Peminat Akshay Kumar tidak dapat menerimanya dan masih mahukan aktor lagenda itu untuk membawakan watak Raju. 

Kini, terdapat laporan baharu yang mengatakan Akshay Kumar akan kembali dalam filem itu dengan wataknya itu. 

image is not available
Kartik Aaryan - Gambar dari Instagram Kartik Aaryan

Menurut Pinkvilla, walaupun Kartik Aaryan telah dilamar untuk membintangi filem Hera Pheri 3, namun produsernya, Firoz Nadiadwala beberapa kali berjumpa dengan Akshay Kumar untuk menyelesaikan masalah perbezaan pendapat di antara mereka. 

Bukan itu sahaja, Firoz juga mahu Akshay kembali semula di dalam francais filem itu kerana watak Raju sebelum ini menjadi popular kerana lakonan hebat Akshay. 

Laporan itu juga menyebut bahawa Akshay telah menunjukkan minatnya untuk kembali, apatah lagi bila dia turut diberi peluang untuk terlibat secara kreatif dalam pembikinan Hera Pheri 3

Sebelum itu, ada ura-ura mengatakan, Akshay menolak tawaran berlakon dalam Hera Pheri 3 kerana tidak puas hati dengan isu bayaran. Namun sumber mengesahkan bahawa bukan isu bayaran yang menjadi masalah Akshay tetapi skripnya. 

Apapun, berita Akshay bakal kembali dalam Hera Pheri 3 sebagai Raju pasti menggembirakan peminatnya. – Getaran, 6 Disember 2022