'Akhirnya ALLAH makbulkan doa kami...' – Isteri Achey hamil selepas 15 tahun menanti zuriat

EntertainmentFamily & Parenting
17 Nov 2026 • 12:09 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Akhirnya ALLAH makbulkan doa kami...' – Isteri Achey hamil selepas 15 tahun menanti zuriat

ISTERI pelawak dan pelakon, Achey Bocey iaitu Nur Hasanah Yahaya berkongsi berita gembira apabila disahkan hamil selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga.

Menerusi hantaran di laman sosial, Nur Hasanah yang mesra disapa Anne berkongsi momen ketika menerima pengesahan daripada pakar di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Menurut Anne, perjalanan mereka untuk memperoleh zuriat bukan sesuatu yang mudah, malah pasangan itu tidak pernah berhenti menyimpan harapan dan berdoa.

"Bukan sehari dua kami menunggu. Bukan setahun dua kami berharap. Tetapi selama 15 tahun, kami menyimpan impian yang sama.

Image from: 'Akhirnya ALLAH makbulkan doa kami...' – Isteri Achey hamil selepas 15 tahun menanti zuriat

"Ada doa yang tidak pernah putus walaupun berkali-kali diuji. Perjalanan ini bukan mudah, tetapi kami percaya setiap yang Allah aturkan pasti ada hikmahnya.

"Sehinggalah ALLAH hadirkan satu berita yang selama ini kami impikan. Alhamdulillah kami bakal menimang cahaya mata.

"Akhirnya ada nyawa kecil yang sedang membesar dalam rahim ini. Hadiah terindah daripada ALLAH, yang tidak mampu kami ungkapkan dengan kata-kata," kongsinya.

Lebih menyentuh hati, Achey dilihat melakukan sujud syukur di ruang klinik sejurus mengetahui berita gembira itu. Turut berada di sisi ialah anak angkat mereka, Nur Tiara Zinnirah.

Anne turut berkongsi sedutan video ketika berdoa di hadapan Kaabah, memohon agar dikurniakan rezeki zuriat.

Image from: 'Akhirnya ALLAH makbulkan doa kami...' – Isteri Achey hamil selepas 15 tahun menanti zuriat

Dalam masa sama, pasangan itu merakamkan penghargaan kepada doktor dan semua pihak yang tterlibat dalam rawatan berkenaan.

"Terima kasih Ya ALLAH kerana tidak pernah mensia-siakan doa hamba-MU dan terima kasih pada Dr Haris Hamzah, Alhaya Fertility dan pada semua yang banyak memberi semangat kepada kami. Syukur Ya ALLAH," tulisnya.

Untuk rekod, Achey dan Anne mendirikan rumah tangga pada 2011.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved