Akhirnya! Ameera Khan Jawab Tuduhan Pergi 'Berjudi'

21 Sep 2023 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Susulan tuduhan berjudi lumba kuda di luar negara, pempengaruh media sosial iaitu Ameera Khan mengambil langkah untuk enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut. 

BACA: Ameera Khan Dituduh Berjudi Lumba Kuda, Ini Respons Ibunya…

BACA: “Tiada Dalam Keturunan Kami Yang Pergi Tempat Judi” - Noor Kartini


Bagaimanapun Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan berkata dia tidak kisah apa yang netizen mahu tafsirkan menerusi perkongsiannya di laman sosial. 

“Apa saja yang saya pilih untuk kongsi di Instagram (IG) adalah untuk anda lihat, itu saja. Ia adalah pilihan saya untuk kongsi. 

“Apa saja yang anda mahu ambil dari perkongsian itu, fikirlah apa yang anda nak fikir. Kerja saya hanya untuk berkongsi. Saya tidak kisah,” katanya kepada Gempak. 

Terdahulu, ramai melemparkan kata-kata negatif ekoran Ameera ada memuat naik fotonya sedang memegang tiket dengan kapsyen meletakkan pertaruhan.

Ameera menjawab dakwaan itu ditemui ketika majlis pelancaran koleksi terbaharu kolaborasi Disney X Naelofa yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya pada Khamis.

Terdahulu, Ibu kepada Ameera Khan iaitu Datin Noor Kartini memberitahu dia tampil bersuara mengenai tuduhan anaknya berjudi di luar negara kerana ia sudah keterlaluan. 

Kartini bagaimanapun berkata dia mengambil tindakan untuk memadam posting penjelasan itu daripada laman sosialnya kerana tidak mahu memanjangkan isu tersebut. 

Malah, Kartini turut meluahkan rasa syukur dan bangga dengan anak-anaknya yang tidak pernah jejak ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya. 

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved