“Tempat event dan perjudian berbeza” – Noor Kartini Respon Isu LMK Didakwa Berjudi Lumba Kuda

Entertainment
21 Sep 2023 • 5:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ibu kepada Ameera Khan, Datin Noor Kartini tampil buka mulut mengenai tuduhan anaknya yang dikatakan berjudi di luar negara yang dia anggap perkara ini sudah keterlaluan.

Walaubagaimanapun, Kartini yang sebelum ini ada membuat penjelasan di media sosial telah memadamnya kerena tidak mahu isu ini dipanjangkan lagi.

“Orang kena faham, tempat event dan tempat perjudian berbeza. Kadang-kadang saya geram sebab netizen ini tak faham apa cerita yang sebenarnya. Saya padam sebab tak mahu memanjangkan lagi isu ini dan ingin beritahu netizen yang mereka salah.”

image is not available

Dalam pada itu, Kartini ketika ditemubual oleh Gempak turut menegaskan bahawa anak-anaknya tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat-tempat seperti kelab malam dan tempat perjudian.

“Alhamdulillah tiada siapa yang nampak anak saya di kelab, tempat perjudian, minum arak, hisap rokok, itu saya bangga. Alhamdullillah Allah pelihara, dan tiada dalam keturunan kami yang pergi ke tempat perjudian dan buat seperti yang didakwa. Kita tak pernah jejak kaki pun ke tempat perjudian. Alhamdullillah.”

image is not available

Terdahulu, Kartini meluahkan rasa kesal dan menyelar tindakan biadab pihak menuduh Ameera Khan berjudi lumba kuda di luar negara.

Sumber : Gempak

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.