Akhirnya Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Mohon Maaf Kepada Puteri Sarah

LocalEntertainment
30 Aug 2024 • 11:41 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Akhirnya pelakon, Puteri Sarah bersetuju untuk menyelesaikan kes saman fitnah bekas kakak ipar kepada Ira Kazar, Wiwie Darvienda Mazweena secara baik selepas mereka berdua mencapai kata sepakat.

Menurut laporan Oh Bulan, perbicaraan kes tidak lagi diteruskan selepas berlakunya perbincangan di antara anak guamnya selaku plaintif bersama defendan di luar mahkamah dan perkara ini dikatakan sendiri peguam Sarah, Datuk Akberdin.

Perkara ini juga telah diputuskan Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur pada pagi tadi.

Wiwie juga kesal dengan tindakannya sebelum ini yang memuat naik hantaran berbaur tohmahan dan perkara itu dikatakannya sendiri dalam prosiding di hadapan Hakim Puan Yasmin Abdul Razak.

Saya Wiwie Arvienda Mazweena membuat permohonan maaf terhadap Puteri Sarah atas kesalahan posting yang saya lakukan pada 24 Ogos 2023.

Bukan tu jer, Wiwie juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka tanpa syarat bermula hari ini selama 7 hari di Instagram.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Oh Bulan


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved