Akhirnya Kelab Peminat Fattah Amin Kembali Aktif Lepas 6 Tahun Menyepi Atas Sebab Tertentu 

LocalEntertainment
30 Sep 2024 • 1:25 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Fattah Amin

Akhirnya kelab peminat kepada pelakon, Fattah Amin kembali aktif selepas 6 tahun tahun telah dibubarkan. Dah kenapa tu?

Menurut laporan sebuah portal hiburan, kelab peminat itu telah ‘menyepi’ atas sebab-sebab yang tidak dikeyahui sejak tahun 2018 lagi.

Pada waktu itu, Fattah Amin juga telah menafikan yang pembuburan kelab peminat itu adalah disebabkan campur tangan isterinya, Nur Fazura.

Akaun The FA Team dilihat ada berkongsi beberapa video kempen terbaharu Farrah serta pencalonan dalam Anugerah Seri Angkasa di mana pelakon itu tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik.

Untuk info, kelab peminat itu ditubuhkan sejak awal pembabitan Fattah dalam bidang seni kira-kira 10 tahun lalu.

Bersama-sama The FA Team, Fattah memenangi pelbagai pengiktirafan dalam dunia seni namun sejak kelab peminatnya dibubarkan, pelakon itu dilihat tidak lagi memenangi anugerah yang melibatkan undian peminat.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Portal Hiburan