"Akhirnya Mengaku Jugak" - Syamsul Yusof Sah Bernikah Dengan Ira Kazar

6 Jan 2023 • 5:17 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Pengarah popular, Syamsul Yusof, 39, akhirnya mengesahkan dia sudah bernikah dengan wanita pilihannya, Ira Kazar, hari ini.

image is not available

Syamsul berkongsi berita itu menerusi video di Instagram, hari ini.Syamsul berkata, pernikahan itu berlangsung di Thailand dan berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

"Saya sudah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan ayah dia sendiri di Thailand. Ada sebab ia dilangsungkan di sini bagi memudahkan beberapa perkara. Perkahwinan ini juga sudah didaftarkan," katanya menerusi video itu.

Difahamkan, Syamsul kini berada di Thailand.

Syamsul turut menjelaskan Puteri Sarah masih lagi isterinya yang sah.

"Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak. Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.

"Apa saja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya.Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak. Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah," katanya.

Syamsul berkata, dia juga tidak berniat membelakangkan keluarganya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved