“U turned everything into my fault?” – Puteri Sarah Respon Pernikahan Syamsul Yusof & Ira Kazar

Entertainment
6 Jan 2023 • 4:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru sahaja beberapa minit lalu, pengarah tersohor tempatan, Syamsul Yusof memuat naik sebuah video dalam laman Instagram miliknya yang mengumumkan pernikahannya hari ini bersama anak kepada Kazar Saisi iaitu Ira Kaza dalam sebuah majlis tertutup yang dirahsiakan lokasinya.

Isu rumah tangga pengarah filem KL Gangster itu dengan pelakon Puteri Sarah menjadi buah mulut netizen sejak sekian lamanya.

Sejurus video tersebut dimuat naik, Puteri Sarah menerusi IG Story menyatakan respon bagi pihaknya tentang perkahwinan kedua suaminya itu.

image is not available

“Awak menjadikan apa yang berlaku ini atas kesalahan saya. Okey, tunggu saya tengah ‘shooting’ (penggambaran) sekejap. Sekejap lagi saya buat video. Tunggu ya.

Tapi apa-apa pun tahniah sebab akhirnya mengaku dan berdaftar, selepas dah berbulan nikah di Thailand kan?,” tulisnya.

Sebelum ini, Syamsul membuat pengakuan menerusi video di Instagram mengesahkan dia sudah bernikah dengan Ira dan pernikahan itu berwalikan bapa Ira sendiri.

Dalam video itu, Syamsul turut menjelaskan Puteri Sarah masih lagi isterinya yang sah dan memohon Puteri Sarah pulang ke rumah dan berbincang dengannya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.