Akhirnya Sah! Jofliam dan Dewi Selamat Bernikah

EntertainmentLifestyle
5 Apr 2025 • 12:23 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
jofliam

Setelah spekulasi hangat dan desas-desus yang bertebaran, akhirnya Suhaimi, atau lebih dikenali sebagai Jofliam, dan pasangannya, Dewi, telah selamat melangsungkan pernikahan mereka hari ini, 5 April 2025.

Majlis akad nikah berlangsung dalam suasana sederhana namun penuh bermakna, dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabat handai.​

image is not available

Dari spekulasi ke realiti…

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kad jemputan perkahwinan mereka yang mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Dewi juga pernah memuat naik gambar ‘final fitting’ busana pengantin, menguatkan lagi khabar angin tentang perkahwinan mereka.

#ApaKataOhmedia

Perjalanan cinta Jofliam dan Dewi akhirnya sampai ke jenjang pelamin. Semoga perkahwinan ini membawa kebahagiaan dan keberkatan buat mereka berdua.

Buat netizen, marilah kita memberi ruang dan doa terbaik untuk pasangan ini memulakan lembaran baru dalam hidup mereka.​

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram


The post

appeared first on

.