Akhyar Rashid dalam keadaan baik, doa pelaku diberi petunjuk & hidayah

4 May 2024 • 5:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid dalam keadaan baik apabila memuat naik perkongsian pertama di Insta Story selepas kejadian dipukul dan disamun tempoh hari.

Ucap terima kasih kepada yang mendoakan

Menerusi muat naik tersebut, Akhyar, 25 mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraannya apabila mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki sewaktu diserang kelmarin.

image is not available

“Assalammualaikum, firstof all, terima kasih kepada yang mendoakan kesihatan saya. Alhamdulillah, all good.

“Semoga kita semua dibawah lindungan dan rahmat Allah S.W.T, amin.

“Semoga pelakunya diberikan petunjukdan hidayah olehNya,” tulis Akhyar.

Akhyar Rashid dalam keadaan baik, alami kerugian hampir RM5,000

Pemain bola sepak yang bermain untuk pasukan Terengganu FC secara pinjaman untuk musim ini dikhabarkan telah mengalami kerugian sekitar RM5,000 apabila telefon pintar serta dompet yang mengandungi beberapa dokumen penting telah dilarikan.

image is not available

Akhyar Rashid dalam keadaan baik, dibenar pulang selepas terima rawatan

Memetik laporan dari Sinar Harian, Akhyar telah disamun dua lelaki berpakaian gelap, memakai topeng muka serta membawa senjata besi boleh laras sewaktu turun dari kenderaan di kondominium, Icon Residence, Kuala Terengganu.

Dia kemudiannya dihampiri dua lelaki yang memukul kepalanya sehingga terjatuh sebelum memukul bahagian badan dan kaki pemain bola sepak itu.

Akhyar sempat bangun dan melarikan diri ke hujung kondominum sebelum melihat dua individu terbabit mengambil barang peribadinya.

image is not available

Akhyar telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan menerima enam jahitan iaitu empat jahitan pada bahagian atas kepala serta dua jahitan di atas tapak kaki kiri selain sakit pada anggota badan.

Laporan polis juga telah dibuat oleh kakak mangsa, Nurrashidah Abdul Rashid, 36, yang juga pembantu peribadi Akhyar.

Sumber: Instagram Akhyar Rashid, Sinar Harian (Norhaspida Yatim)